Akaun maahadtahfizdarussalim.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

WAKAF PEMBANGUNAN FASA 2 MAAHAD TAHFIZ DARUS SALIM

WAKAF PEMBANGUNAN FASA 2 MAAHAD TAHFIZ DARUS SALIM
Assalamualaikum w.b.t

YBhg. Tan Sri/Puan Sri
YBhg. Datuk Seri/Datin Seri
YBhg. Dato'/Datin
Tuan/Puan, 
Yang Dirahmati Allah SWT,

Terlebih dahulu pihak Maahad Tahfiz Darus Salim (MTDS) ingin mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH buat semua yang telah menyalurkan sumbangan bagi pengoperasian awal bagi MTDS. Dengan izin Allah dan sumbangan daripada semua, Maahad Tahfiz Darus Salim yang terletak di Lot 8686, Bt. 7 Jalan Sempadan Kg. Sijangkang, 42500 Teluk Panglima Garang, Kuala Langat Selangor ini telah memulakan operasi pada pertengahan bulan Februari 2022.  

 
Pemasangan awning di sekeliling bangunan MTDS



Pemasangan grill di setiap tingkap dan pintu MTDS

ALHAMDULILLAH.. Dengan sumbangan yang telah dikumpulkan, beberapa penambahbaikan bagi peningkatan keselamatan dan keselesaan pelajar MTDS telah berjaya dibangunkan. 
Kini anda berpeluang untuk menyumbang waqaf tunai  bagi Pembangunan Ruang Dapur dan Ruang Makan Pelajar MTDS. 


Pembinaan Tambahan Bangunan Baru

✅ Mozek (Tiles

✅ Bumbung & Struktur 

✅ Pagar & Pintu Pagar

 Peralatan Mengecat Bangunan


Kami mengalu-alukan sumbangan buat Maahad Tahfiz Darus Salim ini secara bulanan dan tetap. InsyaAllah dengan sumbangan ini, rancangan Pembinaan Maahad Tahfiz Darus Salim Fasa Kedua melibatkan pembinaan bangunan tiga (3) tingkat bersebelahan dengan bangunan yang telah dibina dapat dijalankan dengan segera.


“Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta seseorang dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan. Begitu juga Allah akan mengangkat kedudukan seorang yang bersifat tawaduk.”


(HR Muslim)

Sumbangan dan Keprihatinan semua amat bermakna untuk Maahad Tahfiz Darus Salim dan keseluruhan warganya. Pihak kami merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua, semoga sumbangan ini dikira sebagai  amal jariah  yang mana pahala akan berterusan mengalir hingga ke akhirat kelak InsyaAllah.


Sumbangan boleh dilakukan seperti berikut : 
Nama Akaun : MAAHAD TAHFIZ DARUS SALIM 
Nama Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD 
No. Akaun : 12243010011742

Sumbangan anda semua amat kami hargai. 
Terima kasih

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya."

(Surah al-Baqarah: 261)


Sebarang pertanyaan berkenaan Maahad Tahfiz Darus Salim sila hubungi:
Tuan Haji Karim bin Abu (Pengerusi) : 019-6000743
Tuan Haji Basuki bin Yusof (Timbalan Pengerusi) : 010-4016063


Maklumat tambahan:

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.

2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.